Bermula dari 20hb mac ini satu event yang ditunggu-tunggu oleh Penangsites kembali ke Penang. Big Bad Wolf Book Sale akan bermula pada 20hb Mac sehingga 30hb Mac 2014. bertempat di Penang Times Square, event ini akan bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam.
Big Bad Wolf adalah satu event tahunan yang menjual pelbagai jenis buku dengan harga yang paling murah. Terdapat beratus jenis dan tajuk buku yang bakal di jual semasa event tersebut dan ini menjadi tarikan sejak pertama kali event ini dianjurkan pada beberapa tahun yang lepas.
Selain dari itu, bagi student yang mempunyai BB1M vouchers juga boleh menggunakannya untuk berbelanja di Big Bad Wolf kali ini.
Bagi yang memerlukan info lanjut, boleh pergi ke facebook page Big Bad Wolf


No comments:
Post a Comment